Bulan Ramadan merupakan bulan penuh keberkatan, rahmat, dan kebersamaan. Melalui inisiatif Iftar Ramadan Komuniti, Pertubuhan Kebajikan Nusrah Prihatin bersama para penyumbang prihatin turun padang menganjurkan jamuan berbuka puasa khas untuk anak-anak yatim dan keluarga komuniti asnaf di kawasan tumpuan.
Suasana ceria dan penuh kehangatan anak-anak berkumpul mengelilingi hidangan berbuka puasa berkhasiat.
Menyemai Kasih, Meringankan Beban Golongan Sasaran
Bagi kebanyakan keluarga kurang berkemampuan, menyediakan juadah berbuka yang lengkap dan bernutrisi bukanlah satu perkara yang mudah dalam keadaan kos sara hidup masa kini. Program ini direka khusus bagi memastikan setiap anak yatim dan anak-anak dari keluarga asnaf dapat merasai kegembiraan berbuka dengan hidangan seimbang, enak, dan mengenyangkan.
Sertai Inisiatif Kebajikan Bersama Nusrah Prihatin
Setiap sumbangan ikhlas anda membolehkan kami menyalurkan lebih banyak pek makanan, pendidikan percuma, dan bantuan berterusan buat saudara kita.